Tuesday, August 24, 2021

Detik permulaan

 19/7/21 adalah satu hari yg tak dapat dilupakan dalam sejarah hidupku.  Aku menjalani mammogram test dan ultrasound dan resultnya amat menyedihkan.  Tersangat sedih ... rasa macam tak ada harapan lagi dalam hidup ni. Aku share result dgn seorang sahabat dan juga seorang doktor, Dr Yati. Sebagai seorang sahabat yg baik, Dr Yati recommended aku pergi berjumpa dgn kawan beliau, Dr Mas iaitu seorang Oncologist.  Dr Mas terus memberikan appointment pada 22/7/21 di SJMC. Urgent appointment..


Dalam kereta, aku tersangat sedih. Informed adik, Dr Zai dan beliau suruh banyak2 berdoa pada ketika itu kerana pada hari tu adalah hari wukuf di Arafah. Aku tak putus-putus berdoa pada ALLAH SWT. Hanya Allah yg tahu perasaan aku pada saat itu. 

20/7/21 - HARI RAYA AIDIL ADHA 

21/7/21 - Bertolak ke Shah Alam dan duduk di Hotel budget.  Adik offered condo miliknya tetapi jauh dari SJMC. Esok appintment pada pukul 8.30 pagi.

22/7/21 - Awal pagi dah ada di SJMC. Rasa kecut perut. Tak lalu nak makan apa-apa. Pada pukul 9.15am, baru berjumpa Dr Mas dan beliau suruh buat biopsy dan ct scan. 

Ketika buat biopsy, tak berapa sakit tapi setelah ubat bius tu habis, Ya Allah... sakitnya. 

First time buat procedure ct scan... pengalaman yang sangat-sangat tidak selesa.

Aku, suami dan anak berada di SJMC dari awal pagi sehingga pukul 4.30 petang. Satu waktu yang sangat lama.

24/7/21 - Appointment pagi dengan Dr Mas. Result dah diketahui... BREAST CANCER - +++ve.... aggressive!!! Ya Allah... luruh jantung masa diberitahu. Alhamdulillah cancer belum merebak ke bahagian lain.

Dr Mas bagi tahu apa procedure yang perlu utk merawat cancer ni. Dgn persetujuan husband dan adik, Dr Zai, pada pukul 11.00, bermulalah 1st chemo dalam.hidup ku.